Apa itu IDL ?

Apa itu IDL ?

Hari Cahaya Antarabangsa adalah inisiatif UNESCO yang disambut setiap tahun pada 16 Mei bertujuan untuk mendedahkan tentang manfaat cahaya serta peranannya dalam sains, budaya, seni, pendidikan,  pembangunan, dan dalam bidang yang pelbagai seperti perubatan, komunikasi serta tenaga. 

Tema cahaya yang universal membolehkan masyarakat seluruh dunia  mengambil bahagian dalam aktiviti yang menunjukkan bagaimana sains, teknologi, seni dan budaya dapat membantu mencapai matlamat UNESCO – pendidikan, persamaan, dan keamanan.

Matlamat IDL Malaysia

  1. Memesrakan pelajar dengan sejarah, tokoh dan ilmu berkaitan dengan cahaya khususnya Astronomi, falak dan aplikasinya dalam kehidupan.
  2. Mendedahkan isu pencemaran cahaya yang berlaku di Malaysia dan impaknya kepada manusia dan alam sekitar.
  3. Mempromosikan kawasan langit gelap di Malaysia.
  4. Menyarankan aktiviti yang boleh dilakukan oleh individu untuk membantu memelihara langit gelap.

Matlamat IDL Antarabangsa

  1. Meningkatkan pemahaman orang ramai tentang bagaimana cahaya dan teknologi yang memanfaatkan cahaya menyentuh kehidupan seharian dan menjadi pusat perkembangan masyarakat global di masa depan.
  2. Membangun kemampuan pendidikan di seluruh dunia melalui aktiviti sains untuk semua, menangani masalah keseimbangan jantina, dan memberi tumpuan terutamanya kepada negara-negara membangun dan kemunculan ekonomi baru.
  3. Menekankan dan menerangkan hubungan intim antara cahaya dan seni budaya, meningkatkan peranan teknologi optik untuk memelihara warisan budaya.
  4. Meningkatkan kerjasama antarabangsa dengan bertindak sebagai penyelaras sumber maklumat pusat untuk aktiviti yang dianjurkan oleh masyarakat, NGO, agensi kerajaan, institusi pendidikan, industri, dan rakan strategik.
  5. Menekankan pentingnya penyelidikan asas dalam sains asas cahaya, perlunya pelaburan dalam teknologi berasaskan cahaya untuk mengembangkan aplikasi baru, dan keperluan global untuk mempromosikan kerjaya dalam sains dan kejuruteraan dalam bidang ini.
  6. Mempromosikan kepentingan teknologi pencahayaan dan keperluan untuk akses kepada infrastruktur cahaya dan tenaga dalam pembangunan lestari, dan untuk meningkatkan kualiti hidup di negara membangun.
  7. Meningkatkan kesedaran bahawa teknologi dan reka bentuk agar dapat memainkan peranan penting dalam pencapaian kecekapan tenaga yang lebih besar, khususnya dengan membatasi pembaziran tenaga, dan dalam pengurangan pencemaran cahaya, yang merupakan kunci untuk kelestarian langit gelap.

Laman web IDL : https://www.lightday.org/

Spread the news

International Day of Light

Dark Site Finder

IDA

Earth Hour

Globe at Night

Light Pollution Map

ms_MYMalay
en_USEnglish ms_MYMalay