Bima Sakti Menari

Ia bukanya mahu menggerakkan bintang – bintang di langit. Bintang-bintang memang sedia ada di sana. Hanya mata manusia sahaja yang tidak dapat melihat. Pelik bukan, sedikit cahaya pula yang menutup deria mata. Begitu tuhan mencipta deria manusia dengan penuh keterbatasan agar manusia tidak leka dengan apa-apa yang dilihat oleh deria.
Dapatkah Nurul Hafsa membawa bintang-bintang itu kembali ke Kuala Selangor?
Bima Sakti Menari
Kementerian Pendidikan Malaysia telah memilih Novel Bima Sakti Menari karya Pn Sri Rahayu Mohd Yusop sebagai bacaan Komponen Sastera KOMSAS (komponen Sastera) untuk pelajar SPM bagi pelajar menengah di negeri kelantan, Terengganu, Pahang dan Melaka. Novel yang telah memenangi Hadiah Sastera Pemenang Katogori Novel Remaja ini menjadi bacaan Komsas selama 5 tahun telah mendapat maklum balas terbaik dari para pembaca. Kami melihat , langkah kementerian mengangkat tema alam dan isu pencemaran cahaya langit ini amat sesuai dengan cabaran yang kita hadapi sekarang.
Hayati kisah Nurul Hafsa, Muhammad Taufik dan Budiman dalam perjuangan mereka untuk melestarikan alam sekitar. Mereka cuba memulihkan populasi kelip-kelip dan mengembalikan kegelapan langit di Kuala Selangor sebagai kawasan mencerap bintang.
Pelbagai dugaan yang mereka hadapi, mereka ditentang dan diculik. Dapatkah mereka menyelamatkan langit gelap sekali gus mengembalikan ekosistem kelip-kelip di Kuala Selangor ? Dapatkan novel kisah pencemaran cahaya ini segera.
Apadilangit telah menjalankan program Borak Buku Khas Malam Bima Sakti Menari di Planetarium Negara pada 2 April 2019 sebagai langkah mendedahkan masyarakat mengenai pencemaran cahaya. Konsep santai gabungan sastera dan sains ini diharap dapat memupuk minat masyarakat mendekati tema alam sekitar dan mendedahkan mereka dengan ilmu astronomi.



Dapatkan buku Bima Sakti Menari di MPH Bookstore atau Popular.