Peta Pencemaran Cahaya
Sekiranya anda belum pernah melihat langit yang gelapĀ dan berbintang bebas pencemaran cahaya maka anda tidak tahu apa yang anda hilang. Di kawasan ini, dengan menggunakan mata kasar anda akan dapat melihat ribuan bintang, meteor, cahaya zodiak, satelit, galaksi Bima Sakti dan nebula.
Astronomer dan peminat astrophotografi akan mencari tempat yang gelap untuk melakukan cerapan dan mengambil gambar Bima Sakti serta objek-objek langit yang tidak dapat dilihat di kawasan pencemaran cahaya seperti di bandar.
Berikut adalah gambaran pencemaran cahaya di Semenanjung Malaysia dan di Sabah Sarawak. Anda boleh melihat bagaimana pencemaran cahaya tertumpu di bandar-banda hingga ke kawasan kampung.

Anda sendiri boleh menyemak nilai pencemaran cahaya lokasi anda melalui aplikasi yang disediakan di bawah: