Skala Bortle
Skala Bortle adalah skala yang terdiri dari sembilan peringkat yang mengukur kecerahan langit malam dari lokasi tertentu. John E. Bortle membuat skala ini dan menerbitkannya dalam majalah Sky & Telescope edisi Februari 2001 untuk membantu ahli astronomi amatur menilai kegelapan sebuah di kawasan cerapan, dan untuk membandingkan kegelapan di antara kawasan cerapan.
Skala Bortle diukur berdasarkan pengamatan astronomer terhadap keboleh nampakan jumlah bintang dan galaksi di langit yang terkesan oleh kadar kegelapan disebabkan pencemaran cahaya. Sebagai contoh, langit Kelas 1 Bortle bermaksud bahawa seseorang dapat melihat M33 (Galaksi Triangulum) menggunakan mata kasar secara langsung.
Dalam skala Bortle, semakin rendah nilai skala, semakin gelap kawasan tersebut.
